Ryu Terui Kamen Rider Accel

Ryu Terui (照井 竜, Terui Ryū, lakonan Minehiro Kinomoto) ialah seorang superintenden yang dihantar ke Bahagian Siasatan Jenayah Paranormal (超常犯罪捜査課, Chōjō Hanzai Sōsaka), Jabatan Polis Futo, serta merupakan pegawai atasan bagi Jinno dan Makura. Selepas bertemu dengan seorang wanita misteri yang dikenali sebagai Shroud sebaik tiba di Futo, Terui memperoleh keupayaan untuk bertukar sebagai Kamen Rider Accel. Tidak seperti Shotaro yang mahu melindungi Futo kerana sayangkan bandar raya tersebut, Terui membenci Futo dan menganggapnya sebagai sarang penjenayah. Tanggapan tersebut adalah hasil daripada pembunuhan kesemua ahli keluarganya semasa dia masih menuntut di akademi polis. Sungguhpun demikian, dia bekerjasama dengan Shotaro dan Philip semasa menyiasat gelombang jenayah Dopant serta berlawan bersama-sama Double. Melalui pertemuannya dengan Shroud, Ryu berupaya memburu pemilik W Memory sebagai Accel. Dia sering berkata "Baik, mari hancurkannya!" (さあ、振り切るぜ!, Saa, furikiru ze!) semasa bertukar ke bentuk Ridernya dan berkata "Kesedihan menanti kau di penghujung!" (絶望がお前(たち)のゴールだ!, Zetsubō ga omae (-tachi) no gōru da!) serta "Itulah masa yang tinggal sebelum kesedihan kau!" (それがお前の絶望までのタイムだ!, Sore ga omae no zetsubō made no taimu da!, sebagai Accel Trial) semasa melaksanakan serangan Maximum Drive. Setelah dia memperoleh Trial Memory daripada Shroud serta belajar menggunakannya, Terui akhirnya berjaya membalas dendam terhadap Weather Dopant, dengan menggunakan Trial Maximum Drive untuk memusnahkan Gaia Memory Isaka, di mana selepas itu Isaka "terlarut" akibat terlalu banyak menyalahgunakan Gaia Memory.

Rujukan

WikiPedia: Kamen Rider Accel http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/accel.html http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/accel_trial... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/accelbike.h... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/accelbikefo... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/acceldriver... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/accelgunner... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/enginebrade... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/gunner_a.ht... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/motoshell.h... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/trialmemory...